UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Untuk berhijrah ke arah kejayaan, kita memerlukan ilmu kerana ilmu merupakan aspek penting dalam anjakan paradigma menuju kegemilangan. Sejarah membuktikan jatuh bangun sesebuah bangsa ditentukan sejauh mana penduduknya berilmu. Tanpa ilmu, sesebuah bangsa dan negara itu akan diperalat dan ditindas. Nama-nama seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Kindi, Ibnu Hayyan, Umar al-Khayyan dan al- Khawarizmi cukup mengerunkan dunia dengan ketinggian ilmu pengetahuan. Justeru, sesuai dengan semangat Maal Hijrah ini, marilah kita membetulkan kesilapan dan kelemahan diri. Jika sebelum ini kita menanam azam sempena Tahun Baru Masihi, kita juga wajar mempunyai azam yang sama sempena Tahun Baru Hijrah. Akhir kata, editor laman blog dan warga JPM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

