Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 Julai, 2014

SELAMAT BERPUASA

Bagi pihak warga JPM diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca dan pelayar blok ini yang beragama Islam.

18 April, 2013

GURU PELATIH MANGSA KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN

 
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" begitulah perumpamaan perasaan salah seorang mangsa kebakaran di Kg Puah, Jalan Gombak Mohd Sari Hidayat Md Isa 21 yang tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan segala harta-benda mereka apabila rumah milik keluarga beliau turut musnah awal bulan lalu. Mohd. Sari Hidayat merupakan guru pelatih semester 3 PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Untuk mengurangkan beban yang ditanggung, baru-baru ini  berlangsung upacara penyampaian sumbangan pakaian dan derma warga kampus yang disempurnakan oleh Musa Abdullah, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar.


08 Mac, 2013

Warna-warni 3 Program Jejak Budaya 6


 
Program Jejak Budaya 6 telah diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2013 di Homestay Lonek, Batu Kikir. Seramai 63 orang siswa guru dari Unit BM, PJ dan Muzik semester 3 serta 1 Unit Pemulihan semester 2 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah mengambil bahagian. Sepanjang tiga hari dua malam, para peserta menjalankan kajian lapangan tentang pantang larang masyarakat Negeri Sembilan di samping beberapa acara tradisi yang telah disusun atur. Majlis penutup disempurnakan Tn. Hj. Musa Abdullah, Pengarah IPGKRM di Dewan Homestay Lonek. Hadir sama KJ JPM En. Azmi Ayub dan Pengerusi JKKK Kampong Lonek Hj, Ramli Hamid. Cerita lanjut serta gambar terkini sila layari facebook Jabatan Pengajian Melayu.

02 Januari, 2013

Mesyuarat pertama JPM 2013


Mesyuarat JPM kali pertama untuk tahun 2013 telah diadakan di Bilik Biduanda Pusat Sumber IPGKRM baru-baru ini dengan menyaksikan seramai 15 orang pensyarah yang menjadi warga JPM setakat berita ini ditulis. Pelbagai aktiviti dirancang dan telah dan akan disusun atur untuk kebaikan bersama. Apa pun di ucapkan Selamat Tahun Baharu 2013 kepada semua dan berdoa semoga JPM akan terus gemilang, terbilang dan cemerlang dalam semua aktiviti. 

01 Januari, 2013

Perutusan Ketua Jabatan Sempena Tahun Baharu 2013

Selamat Tahun Baharu 2013. Didoakan semoga kedatangan tahun baharu ini akan memberkan lebih banyak kejayaan, kecemerlangan dan kebahagian dalam hidup di dunia dan akhirat ...
AZMI BIN AYUB
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.


21 Disember, 2012

Selamat datang ke JPM Pn. Wan Zaliha Wan Othman

Jabatan Pengajian Melayu menerima kehadiran seorang pensyarah "baharu" iaitu Pn. Wan Zaliha Wan Othman yang melapor diri selepas tamat cuti belajar. Berkelulusan Ijazah Pertama dalam bidang penulisan dan Sarjana dalam Kesusasteraan Melayu. Warga JPM mengucapkan 'Selamat Bertugas' kembali kepada Pn. Wan Zaliha Wan Othman.

05 Disember, 2012

Seminar Kajian Tindakan PGSR BM 3&4 Dis., 2012


Seramai 23 orang siswa guru program  PGSR Unit BM boleh menarik nafas lega setelah berjaya membentangkan kertas penyelidikan di Seminar Kajian Tindakan baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Perasmian rasmi telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu En. Azmi Ayub, manakala penutupan dan penyampaian sijil serta cenderamata disempurnakan Penyelaras PGSR JPM Dr. Khairuddin Mohamad.