Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

30 April, 2010

Bas SUK dan Jejak Budaya 3

Baru-baru ini lanser kamera laman sesawang JPM sempat merakamkan gambar bas SUK Kerajaan Negeri Sembilan di salah sebuah stesen minyak di Seremban. Bukan apa, kehadiran bas SUK ini telah mengimbau kembali ingatan saya kepada kejayaan pelaksanaan Program Jejak Budaya 3 di Homestay Lonek bulan Mac lalu. Disebabkan kesibukan para petugas JB3 ketika itu, telah menyebabkan foto bas ini tidak dapat dirakamkan. Sebenarnya bas SUK inilah yang digunakan peserta JB3 ke lokasi program di Batu Kikir. Apapun terima kasih kepada YB Dato' SUK Negeri Sembilan kerana kerjasama erat menjayakan program JB3 2010 lepas.