Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

20 April, 2010

Guna program citcat, e-kamus dan laman blog dalam KPKI



Belajar cara bagaimana menggunakan program citcat amat menyeronokan kerana satu-satunya perisian percuma untuk menterjemah artikel Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Selain itu para peserta juga turut mempelajari bagaimana menggunakan program e-kamus DBP dan membuat laman blog. Itu semua merupakan kandungan kursus KPKI MBM bertajuk 'e-learning dan e-kamus dalam pengajaran Bahasa Malaysia' yang diadakan bermula 20 hingga 22 April 2010 di bilik seminar LDP IPG Kampus Raja Melewar. Kursus kendalian Jabatan Pengajian Melayu menampilkan beberapa orang pensyarah JPM sebagai fasilitator iaitu Mukhtar Darwis, Azmi Ayub, Ab. Rahim Ismail, Faiziah Shamsudin dan Ketua Unit JPM sendiri iaitu Dr. Khairuddin Mohamad.