Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

12 Mei, 2010

Bahang Hari Keluarga mula terasa


Bahang Hari Keluarga JPM mula terasa apabila kain rentang mula terpasang di hadapan bilik Jabatan Pengajian Melayu. Hari keluarga kali ini akan berlangsung dari 28 hingga 30 Mei 2010 akan datang bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Seramai 48 orang peserta terdiri pensyarah JPM dan ahli keluarga masing-masing akan bergerak dalam tiga kumpulan iaitu Bas Persiaran Transwarikh, Penerbangan Air Asia dan Kenderaan Pacuan 4X4. Bergerak dari perkarangan institut pada 8.00 malam 27 Mei dan dijangka sampai pagi keesokkannya. Para peserta akan menginap di Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan.