Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

14 Mei, 2010

Pensyarah JPM bergotong-royong baiki kerusi rosak


Amalan bergotong-royong membaiki peralatan yang rosak sememangnya baik kerana menjimatkan kos penyelenggaraan. Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah JPM sementara menanti waktu mesyuarat JPM jam 9.30 pagi jumaat lepas. Kerja baik pulih dua buah kerusi pensyarah yang rosak itu diketuai En. Rahim Ismail (Pak Tam). Semoga amalan gotong-royong yang dipamerkan ini akan menjadi amalan pada masa-masa akan datang. Tahniah kepada warga JPM !