Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

13 Mei, 2010

Warga JPM kembali sibuk menjelang Konvo 3 Jun


Menjelang Konvokesyen IPG Kampus Raja Melewar Kali ke-32 pada 3 Jun akan datang ini, bilik JPM kembali sibuk dengan para petugas menyiapkan kerja-kerja akhir masing-masing. Tahun ini JPM diberikan tanggungjawab menguruskan hadiah kepada pada pelajar yang cemerlang yang diketuai Ketua Jabatan Hjh. Amanah Mohd. Noor. Manakala dua orang pensyarah iaitu En. Azmi Ayub dan Dr. Maridah Alias ditugaskan untuk menyiapkan teks ucapan dan kata-kata aluan Rektor IPG dan Pengarah IPGKRM di samping teks pengacaraan majlis. Apa pun tahniah kepada para petugas JPM.