Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

06 Mei, 2010

Kursus Komsas di Segamat ... meriah

Seramai 25 orang guru Bahasa Malaysia sekolah-sekolah daerah Segamat telah mengikuti KPKI siri 5 bertajuk 'Penghayatan Komsas dalam pengajaran Bahasa Malaysia' di Bilik Komputer SK Temenggung Abd. Rahman Segamat. Kursus kendalian Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar telah disampaikan oleh tiga orang pensyarah berpengalaman Dr. Maridah Alias, Pn. Siti Normaniseh Zakaria dan En. Abd. Rahim Ismail. Penyelaras KPKI JPM, Pn. Faiziah Shamsudin yang ditemui di lokasi memberitahu, fokus kursus adalah melihat bagaimana bahan Sastera dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam bilik darjah. Sementara itu Ketua Unit JPM Dr. Khairuddin Mohamad semasa berucap di satu majlis ringkas telah mengingatkan para guru terlibat supaya melaksanakan LPS peringkat sekolah masing-masing dengan segera supaya ilmu yang diperoleh tidak lupa. Hadir sama Pn. Hjh Mariam Che Latt.