



Program Bual Bicara Perkahwinan Melayu telah berlangsung pada 8 Julai 2010 (Khamis) bertempat di Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu. Ceramah disampaikan YBhg. Dato' Seri Maharaja Khalid Bonget dan YBhg. Dato' Andika Pendeta Norzali Ibrahim. Perbincangan berkisar tentang 'gaya' anak muda sekarang yang mula tidak mengenali dan mengamalkan prosedur perkahwinan berdasarkan adat pepatih. Fenomena ini cukup membimbangkan hampir semua peserta yang hadir. Peserta terdiri wakil-wakil pejabat dan jabatan kerajaan Negeri Sembilan, guru sekolah dan Datuk-Datuk Adat. IPG Kampus Raja Melewar di wakili Dr. Khairuddin Mohamad, Ketua Unit Pengajian Melayu.