Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

12 Julai, 2010

Ceramah Didik Hibur untuk pensyarah IPG Teknik



Seramai 15 orang pensyarah Pengajian Melayu, IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur telah mengikuti kursus pengurusan Didik Hibur bertempat D'Muara Marine Park Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini. Ceramah telah disampaikan oleh Penulis Modul Didik Hibur Dr. Khairuddin Mohamad dan dibantu En. Abd. Rahim Ismail dari IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Turut hadir Hjh. Rosnah Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik serta En. Ab. Rahim selaku Ketua Jabatan Pengajian Melayu institut berkenaan.