Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

29 September, 2010

Nasi Mandy - juadah istimewa rumah terbuka Dr. Maridah




Program Ziarah Raya warga JPM masuk hari ke-5 dengan kunjungan ke kediaman Dr. Maridah Alias. Rumah terbuka beliau turut dihadiri rakan pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan dengan juadah istimewa Nasi Mandy Ayam. Saya sempat meneroka maklumat di internet, rupa-rupanya Nasi Mandy atau Nasi Arab ini berasal dari Hadhramaut, Yaman. Ramuan untuk memasaknya juga dibawa khas dari sana. Apa pun terima kasih tidak terhingga warga JPM kepada Dr. Maridah dan suami kerana sudi menerima kunjungan kami kali ini.