Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Oktober, 2010

Gerai Unit Pemulihan BM juarai kategori gerai popular


Gerai milik unit PISMP Pemulihan Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai gerai paling popular, sempena pameran Bahan Bantu Belajar WAJ 3104 di Balai Kerapatan baru-baru ini. Lanjutan itu, unit ini telah dipilih mewakili institut ke pameran permainan bahasa sempena Kenduri Bahasa di Kampong Lonek Batu Kikir yang telah dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada hari sabtu 23 Oktober lalu. Syabas dan tahniah kepada kumpulan ini serta pensyarah pembimbingnya Pn. Faiziah Shamsudin.