Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

21 Oktober, 2010

Hjh. Siti Fatihah tutup rasmi karnival dan pameran




Karnival Bahasa dan Pameran BBB sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 selamat melabuhkan tirainya semalam dengan seribu satu kenangan manis terutama kepada warga JPM. Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Yang Berusaha Hjh. Siti Fatihah Abdullah yang mewakili Hjh. Rafiah Daud. Dalam ucapan, beliau mengalu-alukan penganjuran program seperti ini pada tahun akan datang di samping merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pensyarah JPM, jawatankuasa Kelab Bahasa Melayu dan Unit PPISMP BM semester 1 dan 3. Dalam masa yang sama, bagi pihak institut beliau berterima kasih kepada semua penaja hadiah kali ini.