JPM telah menganjurkan Kursus Tranformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 26 Oktober 2010. Seramai 90 orang pelajar yang mengambil elektif BM semester 2, 4 dan 6 serta semua pesyarah JPM terlibat dalam kursus selama sehari ini. Kursus disampaikan oleh Pn. Faiziah Hj. Shamsudin dan Dr. Maridah binti Alias. Selain itu, Pn. Siti Normaniseh binti Zakaria turut menyampaikan satu slot berkaitan Penggunaan Buku Teks kepada para peserta kursus. Hadir sama Hajah Amanah binti Mohd. Noor selaku Ketua Jabatan JPM.