Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

17 Oktober, 2010

Sajak 1 Halal - Wakil institut raih johan, naib johan dan ketiga

Sempena Program Kempen 1 Malaysia 1 Halal yang diadakan di Kompleks Sukan Paroi, Seremban, akhbar Kosmo dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan mendeklamasi sajak IPTA dan IPTS pada Sabtu 16 Oktober, 2010 baru-baru ini. Pasukan IPG Kampus Raja Melewar dianggotai Mohd. Fahmi, Nor Amalina, Hafizi, Tamaraj dan Rafiki. Tempat pertama, kedua dan ketiga telah berpihak kepada peserta IPG Kampus Raja Melewar iaitu Mohd. Fahmi (Johan), Tamaraj (Kedua) dan Rafiki (Ketiga). Kepada mereka diucapkan tahniah dan syabas kerana telah mengharumkan nama institut.