Gambar ini dirakam sebaik sahaja tamat program Karnival Bahasa baru-baru ini. Walaupun terasa penat namun warga JPM tetap meneruskan tugas-tugas yang belum selesai. Rata-rata rakan pensyarah JPM yang ditemui melahirkan rasa puas, apabila semua aktiviti yang telah diatur berjalan seperti yang dirancangkan. Ada juga rakan pensyarah yang tertidur kerana terlalu penat bekerja. Begitulah semangat kami warga JPM demi agama, bangsa dan negara tercinta. Apapun tahun 2011, jika diizinkan Allah swt, kita akan buat aktiviti untuk murid sekolah menengah pula.