Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

08 Disember, 2010

Kursus Pemantapan Penguasaan Modul KPKI Siri 2



Seramai 9 pensyarah JPM telah berkampung di Ancasa MITC Melaka pada 6-8 Disember 2010 untuk mengikuti kursus pemantapan penguasaan modul KPKI. Hadir sama pegawai Unit LDP En. Fandi dan En. Tahir sebagai urusetia kursus. Sebanyak dua kertas konsep telah disampaikan oleh beberapa penceramah undangan En. Azmi Ayub, Pn. Siti Normaniseh, En. Abd. Rahim dan Pn. Faiziah Shamsuddin. Majlis penutupan telah disempurnakan Ketua Unit Dr. Khairuddin Mohamad.