Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

24 Disember, 2010

Tahniah puteri-puteri 9A

Warga JPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua orang anak pensyarah JPM yang cemerlang dengan memperoleh 9A dalam PMR 2010. Mereka ialah anakanda kepada En. Azmi Ayub dan Pn. Faiziah Shamsudin. Manakala anakanda kepada En. Abd. Rahim yang juga cemerlang dalam peperiksaan yang sama telah memperoleh 5A. Warga JPM juga merakamkan tahniah kepada Dr. Maridah di mana anakandanya memperoleh 7A. Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya.