Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

18 Januari, 2011

Nur Ain Asilah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah

Warga JPM merakamkan ucapan tahniah kepada adik Nur Ain Asilah Azmi, anakanda En. Azmi Ayub kerana telah diterima masuk ke Kolej Islam Sultan Alam Shah mulai sesi persekolahan 2011. En. Azmi yang dihubungi wartawan JPM baru-baru ini memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT atas anugerah yang diterima dan berharap semoga Nur Ain akan belajar bersungguh-sungguh di sana nanti, demi mengejar cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Jordan dalam bidang perubatan. Sekali lagi warga JPM merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Nur Ain dan yakin kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada waris-waris JPM pada masa akan datang.