Ketua Jabatan, Ketua Unit dan para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Mehander Singh yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus yang baharu. Beliau yang berkelulusan Ph.D dalam bidang sains sukan, menggantikan En. Tan Ying Kee yang bertukar ke IPG Perlis sebagai pengarah di sana. Semoga IPG KRM akan terus gemilang, terbilang dan cemerlang di bawah pimpinan Dr. Mehander. 'Selamat Bertugas' daripada warga JPM.