Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

24 Februari, 2011

Persembahan Sajak 1Malaysia di Wisma Negeri

Tharmaraj a/l Subramaniam, Nooramiza binti Zainolabidin dan Eunice Ingrid Benjamin telah menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan sajak 1Malaysia di hadapan 500 ketua-ketua jabatan dan pegawai kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Teaterat Wisma Negeri baru-baru ini. Persembahan sajak secara bergilir itu berjudul "Bersila di atas tikar merdeka" adalah atas jemputan khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sempena Perhimpunan Bulanan. Tahniah dan syabas kepada para penyajak muda IPG Kampus Raja Melewar yang telah mengharumkan nama institut dan JPM. Hadir sama Pn. Faiziah Shamsuddin selaku pensyarah pengiring.