Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

13 Mac, 2011

Sekitar Majlis Perpisahan Dr. Maria





Majlis meraikan perpindahan Dr. Maria Mansur ke IPG Kampus Miri berlangsung dalam suasana syahdu bertempat di Royal Bintang, baru-baru ini. Semasa menyampaikan ucapan Mantan Pemangku Pengarah Pn. Rafiah Daud menyifatkan perpindahan Dr. Maria sebagai satu kehilangan kepada IPG Kampus Raja Melewar dan JPM kerana kepakaran yang beliau miliki. Sementara itu, KJ Dr. Maridah Alias dalam ucapannya juga menyifatkan Dr. Maria bukan sahaja sebagai rakan sejawat tetapi juga teman yang mesra. Bagi pihak JPM, diucapkan selamat berangkat kepada Dr. Maria Mansur dan didoakan semoga beliau berbahagia dan sejahtera di tempat bertugas yang baharu. Pada majlis tersebut Dr. Maria menyampaikan sebuah sajak berjudul 'Teman'.