Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 Mac, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Jejak Budaya 4


Mesyuarat antara jawatankuasa pengelola Jejak Budaya 4 dengan penduduk Kampong Lonek, Batu Kikir telah berlangsung pada 28 Februari 2011 bertempat di Dewan Mesyuarat Bangunan Homestay Lonek. Rombongan IPG Kampus Raja Melewar diketuai Ketua Unit JPM Dr. Khairuddin Mohamad. Turut hadir Pn. Faiziah Shamsudin, En. Azmi Ayub, En. Abd. Rahim Ismail dan Dr. Maria Mansur. Tujuan mesyuarat adalah untuk menyelaras program Jejak Budaya 4 yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Mac 2011 ini.