Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

03 Mac, 2011

Pensyarah Baharu JPM

Warga JPM mengalu-alukan serta mengucapkan 'Selamat Datang' kepada Puan Adibah Ghazali yang telah melaporkan diri sebagai pensyarah JPM baru-baru ini. Bekas guru SMK Seri Pagi ini telah diamanahkan mengajar subjek BM Kontekstual untuk beberapa unit PPISMP bermula 21 Mac akan datang ini. Editor LSJPM juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau kerana terpilih menjadi warga JPM.