Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 April, 2011

JB4 - Ceramah PM Dr. Rosli dahului aktiviti hari kedua



Ceramah tentang 'Adat Perpatih' telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Rosli Saludin, Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI Tg. Malim. Sepanjang tempoh dua jam, beliau telah berdiskusi dengan para peserta tentang Adat Perpatih dari pelbagai sudut. Hadir sama para pensyarah JPM dan ibu bapa angkat.