Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

29 Disember, 2009

Jejak Budaya 3 ... 26 - 28 Mac 2010 ?

Homestay Kampong Lonek, Batu
sekali lagi akan menerima kunjungan para pelajar IPG Kampus Raja Melewar sempena Program Jejak Budaya 3. Perbincangan tidak rasmi telah diadakan dengan Pengerusi Homestay Kg. Lonek Hjh. Badariah Ahmad baru-baru ini sempena Majlis Pertunangan Anakanda Bongsu Pengerusi JKKK kampung berkenaan Hj. Ramli Abd. Hamid. Menurut Hjh. Badariah, memandangkan bilangan pelajar yang ramai, beliau bersetuju untuk menerima kehadiran peserta Jejak Budaya 3 pada 26 hingga 28 Mac, 2010 iaitu seminggu selepas cuti pertengahan semeser pertama. Dari segi kemudahan pula, bermula 1 Januari 2010 dewan serbaguna yang boleh menampung seramai 300 orang telah boleh digunakan bertempat di Taman Rekreasi Kg. Lonek iaitu kira-kira 100 meter dari balai raya. Berita lanjut akan dimaklumkan kemudian. 'BUDAYO KITO, GHOMAN KITO' Merpati Putih - Hamparan sawah padi dan lambaian dedaun nyior, menanti kedatangan pelajar PPISMP semester 2 dan pensyarah JPM untuk tahun ketiga berturut-turut.