Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

04 Februari, 2010

Kak Peah sampaikan Syarahan Perdana ?

Semua pensyarah dan staf IPG Kampus Raja Melewar berpeluang mendengar 'syarahan perdana' oleh Pn. Hjh. Rafiah Daud bertajuk 'Kesantunan Berbahasa' pada hari Isnin, 8 Februari, 2010 jam 2.30 petang di Balai Ilmu. Program sempena LPS peringkat institut ini, akan dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Bagi pihak JPM dan J/Kuasa LPS Institut, saya menjemput semua pensyarah dan staf sokongan ke majlis berkenaan. Merpati Putih - Jemput hadir, masuk percuma.