Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

11 Februari, 2010

Terima Kasih Dato' Seri Utama

Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, para pensyarah dan pelajar IPG Kampus Raja Melewar merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad b. Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, kerana sudi menghulurkan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Jabatan Pengajian Melayu sempena penganjuran Program Jejak Budaya 3 di Kampong Lonek 26-28 Mac, 2010 akan datang ini. Merpati Putih - Semoga objektif program untuk apresiasi bakal-bakal guru dengan budaya masyarakat Negeri Sembilan akan tercapai.