Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

31 Mac, 2010

Kepimpinan Berhemah

Ketua Jabatan serta warga JPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Khairuddin Bin Mohamad selaku Pengarah Projek Jejak Budaya 3 atas kejayaan mengendalikan program dengan amat cemerlang. Ketua Jabatan Hjh. Amanah Mohd. Noor berkata, kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh Dr. Khairuddin dari awal hingga akhir program adalah tunggak kepada kejayaan program tersebut. Beliau amat berpuas hati dan gembira dengan kejayaan program Jejak Budaya 3 dan berharap akan ada program Jejak Budaya 4 pada masa akan datang. Sementara itu Dr. Khairuddin ketika ditemui menyatakan bahawa program ini tidak akan berjaya andai tiada sokongan daripada Tuan Pengarah, Ketua Jabatan dan yang amat beliau hargailah adalah komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga JPM tanpa mengira penat dan terpaksa mengorbankan hari cuti. Katanya, saya takkan mampu berdiri sendiri tanpa sokongan daripada rakan-rakan JPM. Walau apapun ketrampilan Dr. Khairuddin tidak dapat dinafikan. Sebagai warga JPM kami berbangga dengan kebolehan beliau memimpin organisasi. Kata Dr. Khairuddin lagi, " dengan bakat biasa dan kecekalan luar biasa semua matlamat boleh dicapai ".
Setiausaha JPM - Nak ikut Dr. K ke Sarawak bentang kertas kerja Didik Hibur.