





Majlis Walimatul Urus anakanda Dr. Maria Mansur berlangsung di Dewan Masyarakat Bandar Rinching, Semenyih baru-baru ini. Pasangan mempelai Mohd Zulfitri dan Fatin Aqilah disandingkan kira-kira jam 2.00 petang dengan penuh dengan adat istiadat disaksikan kira-kira 2 ribu tetamu yang hadir termasuk rakan-rakan Dr. Maria dari Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar. Tahniah dan syabas kepada Dr. Maria dan suaminya En. Jamaluddin sempena majlis berkenaan.