Kali ini Team Didik Hibur mengembara ke timur Negeri Sembilan iaitu PKG Lui yang terletak di SK Pasoh 3 Jempol. Perjalanan hanya 1 jam jika mengikut jalan Jelebu-Simpang Pertang dan 2 jam jika mengikut jalan Seremban-Batu Kikir. Menariknya peserta kali ini seramai 25 orang benar-benar ada kesungguhan untuk menimba ilmu. Rata-rata mereka datang dari sekolah yang jauh di kawasan pedalaman. Satu lagi semua aktiviti yang disaran oleh barisan fasilitator dilaksanakan dengan baik. Berkampung di PKG Lui juga tidak dapat dilupakan kerana layanan pegawai PPD Jempol yang baik dan yang penting adalah keenakan sajian makanan Negeri Sembilan yang cukup melazatkan. Terima semua fasilitator terdiri Dr. Khairuddin, En. Azmi, En. Abd. Rahim dan Pn. Faiziah Shamsuddin.