Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

01 April, 2011

JB4- Main layang-layang, bola sepak, bola jaring dan malam budaya acara hari pertama


Menerbangkan layang-layang buatan sendiri, perlawanan persahabatan bola sepak berkain batik dan bola jaring berkain pelekat antara aktiviti yang telah disusun atur pada petang hari pertama JB4. Tujuan utama permainan luar ini bukannya kemenangan, tetapi merupakan aktiviti pra pengenalan dan ramah mesra antara belia Kampong Lonek dengan peserta JB4. Manakala pada sebelah malam pula, para peserta terpegun dengan kehebatan ibu bapa angkat menunjukkan bakat dalam persembahan bongai dan berendui iaitu berzanji dan bermarhaban. Turut diadakan sempena persembahan budaya Kg. Lonek pada malam itu ialah acara memotong kek ulang tahun salah seorang bapa angkat iaitu En. Abdullah ke-52.