Dr. Mehander Singh Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jejak Budaya 4 di Dewan Homestay Lonek. Dalam ucapannya, beliau memuji langkah Jabatan Pengajian Melayu menganjurkan program ini yang dilihat sebagai platform para pelajar belajar merancang, mengurus dan melaksana satu program yang agak besar secara terancang dan bersistematik. Dalam majlis tersebut Dr. Mehander telah menyampaikan sijil kepada para peserta dan pensyarah pembimbing. Beliau juga telah menyampaikan cenderamata institut kepada semua ibu bapa angkat kali ini. Hadir sama Hj. Ramli Abd. Hamid selaku ketua kampung merangkap pengerusi JKKK Kampong Lonek, Hjh. Badariah Ahmad, Dr. Maridah Alias, Dr. Khairuddin Mohamad dan Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Rosli Saludin. Dr. Mehander turut menyampaikan sumbangan buku oleh Sy. Oxford Fajar Sdn. Bhd. untuk Perpustakaan Desa Kampong Lonek kepada Hj. Ramli Abd. Hamid.