Seramai 25 orang guru Bahasa Malaysia sekolah-sekolah rendah daerah Tampin telah mengikuti KPKI anjuran IPG Kampus Raja Melewar dengan kerjasama JPNS dan PPD Tampin. Tajuk kursus kali ini 'Teknik Lakonan dalam P&P Bahasa Malaysia' telah dikendalikan oleh tiga pensyarah Jabatan Pengajian Melayu terdiri En. Azmi Ayub, En. Abd. Rahim Ismail dan Dr. Khairuddin Mohamad. Sepanjang kursus para peserta diajar teknik Memos, Teater Bercerita, Improvisasi, Arca, Simulasi, Main Peranan dan Dekon. Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada barisan fasilitator kerana membimbing mereka cara melaksanakan lakonan secara teori dan praktikal.
10 Julai, 2011
Guru BM daerah Tampin didedah teknik lakonan