Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

21 Oktober, 2011

Peserta mohon anjurkan kursus boneka

Seramai 27 orang guru-guru sekolah rendah daerah Seremban telah menyertai Bengkel Membina Bahan Bantu Mengajar Siri 1 (Topeng) bertempat di bilik seminar, LDP IPG Kampus Raja Melewar 18-20 Oktober 2011. Program julung kali dianjurkan dengan kerjasama JPNS dan PPD Seremban diadakan sebagai salah satu daripada aktiviti penghayatan Bulan Bahasa Kebangsaan. Sepanjang bengkel, para peserta diajar cara-cara membina topeng haiwan dan animasi watak kartun yang dibimbing oleh para pensyarah JPM diketuai Dr. Khairuddin Mohamad. Rata-rata peserta memohon jasa baik institut untuk penganjuran bengkel lanjutan iaitu boneka dalam tempoh yang terdekat untuk persediaan sesi persekolahan pada tahun depan. Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat yang telah menunjukkan kesungguhan dan minat terhadap bengkel topeng berkenaan.