



Jamuan akhir tahun para pelajar Program PGSR Major BM telah diadakan di salah sebuah restoran terkenal di Bandar Seremban, baru-baru ini. Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping sebagai aktiviti tahunan kumpulan berkenaan. Hadir sama para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu.