Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

06 Mei, 2010

Deligasi JPM dirai lagi di Segamat



Bak kata pepatah Melayu, 'Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa'. Tanpa diduga, deligasi Jabatan Pengajian Melayu IPG Raja Melewar telah diberikan sambutan cukup meriah dan mesra apabila diraikan oleh Jawatankuasa Panatia Bahasa Malaysia daerah Segamat dengan jamuan pelbagai hidangan tradisi Segamat baru-baru ini. Deligasi bertujuan memantau perjalanan KPKI itu, diketuai Ketua Unit JPM Dr. Khairuddin Mohamad bersama-sama enam pensyarah lain terdiri Hjh. Mariam Che Latt, Dr. Maridah Alias, En. Abd. Rahim Ismail, En. Azmi Ayub, Pn. Siti Normaniseh Zakaria dan Pn. Faiziah Shamsudin selaku Penyelaras LPS. Hadir sama En. Kanalingam selaku Pegawai Bahasa, Pejabat Pelajaran Segamat dan Hj. Omar Sulaiman Guru Cemerlang merangkap Pengerusi J/Kuasa Panatia Bahasa Malaysia daerah.