Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

06 Mei, 2010

Terharu dengan layanan warga pendidik Segamat

'Saya sedih dan terharu ..' sambil mengesat air mata (Lihat gambar sebelah). Begitulah kata-kata ikhlas dan spontan oleh Penyelaras LPS JPM Kampus Raja Melewar Pn. Faiziah Shamsudin apabila ditanya mengenai kemesraan warga pendidik daerah Segamat, menyambut kedatangan deligasi JPM baru-baru ini. Bagi pihak rakan pensyarah, beliau merakamkan ucapan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Jawatankuasa Panatia Bahasa Malaysia yang mempunyai 'team' yang mantap dalam merancang, mengurus dan mentadbir pelbagai program akademik demi kemajuan murid-murid dalam UPSR saban tahun. Kursus Komsas ini merupakan kunjungan kali ke-2 team IPGKRM ke Segamat.