Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

08 Mei, 2010

KPKI Siri 5B melabuhkan tirai ...



Baru-baru ini berlangsung majlis penutupan rasmi KPKI siri 5(b) di Bilik Seminar, Kompleks LDP IPG Kampus Raja Melewar yang disempurnakan Ketua Unit Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Khairuddin Mohamad. Dalam ucapan ringkas beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pejabat Pelajaran Seremban dan fasilitator yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya KPKI kali ini. "Para peserta perlu bijak, kreatif dan kritis untuk mempelbagaikan teknik pengajaran Bahasa Malaysia dalam bilik darjah supaya murid mudah memahami pelajaran yang disampaikan secara santai dan tidak stres," jelas Dr. Khairuddin. Hadir sama Pn. Noresah Sulaiman selaku Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, Penyelaras LPS JPM Pn. Faiziah Shamsudin, Para Pensyarah JPM serta Pegawai Unit LDP Institut.