Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

07 Mei, 2010

Team Didik Hibur jerayawara ke Jempol 25-27 Mei


Team Didik Hibur akan berkunjung ke PKG Bahau bertempat di SK Jempol pada 25 hingga 27 Mei akan datang ini. Kali ini berjumpa dan bertemu guru-guru sekitar daerah Jempol sempena siri penjelajahan KPKI oleh Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar. Para fasilitator terdiri En. Azmi Ayub (bercerita), En. Abd. Rahim Ismail (lakonan) dan Ketua Unit Pengajian Melayu merangkap penulis Modul Didik Hibur, Dr. Khairuddin Mohamad yang akan menyampaikan aktiviti nyanyian dan berpantun dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah. Kepada guru-guru BM SK dan SJK sekitar daerah Jempol rebutlah peluang yang ada sebagai peserta kursus. Sila hubungi guru besar masing-masing. Akhirnya tunggu ........ kedatangan kami...