

Seramai 300 pelajar baru mendaftar di IPG Kampus Raja Melewar hari ini. Mereka akan mengikuti kursus PPISMP dan ditempatkan di 11 kelas di bawah program KPLSPM dan 4 kelas lagi mengikuti kursus Diploma Perguruan di bawah program KPLI. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu akan bermula dari 28 Jun hingga 2 Julai, 2010. Warga JPM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu.