Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

20 Jun, 2010

Sayonara buat En. Tan Ying Kee



Tanggal 16 Jun 2010 yang lalu, merupakan tarikh akhir Mantan Timbalan Pengarah En. Tan Ying Kee berkhidmat secara rasmi di IPG Kampus Raja Melewar. Pada waktu-waktu terakhir beliau pada hari berkenaan, Penyelaras Laman Sesawang JPM telah berkesempatan berbual dengan beliau dan antara pesanan dan ucapan akhir beliau "Saya ucapkah terima kasih kepada semua pensyarah JPM yang telah sama-sama saya bekerja dan menaikkan nama institut kepada umum". Beliau dinaikkan ke Gred DG54 dan bertugas sebagai pensyarah akademik kanan bagi mata pelajaran Sains di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Tahniah dan syabas kepada beliau kerana tugas yang sangat cemerlang sepanjang berada di IPG KRM.