Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

03 Jun, 2010

Gerai JPM dapat sambutan hari ke-2 Pesta Konvo






Jabatan Pengajian Melayu buat julungkalinya telah mengambil bahagian dalam bidang perniagaan dengan membuka gerai sempena Pesta Konvokesyen Ke-32 IPG Kampus Raja Melewar. Penampilan gerai JPM kali ini agak istimewa kerana adanya penyertaan para pensyarah JPM sebagai pembekal produk manakala jurujual terdiri 10 orang pelajar PPISMP BM Ambilan Jun 2009 yang diketuai Saudara Fatah. Sambutan hari ke-2 agak menggalakkan di mana adanya pelbagai menu seperti Nasi Lemak Ayam Panggang dan Mee Minang. Turut dijual pelbagai t-shirt, tudung, telekong, acar buah istimewa, rempeyek, kuih muih dan air minuman tiga rasa iaitu bandung, jagung dan sirap limau.