Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

02 Jun, 2010

Tahniah kepada semua graduan IPG KRM

Sempena Konvokesyen Ke-32 pada 3 Jun 2010, editor laman sesawang JPM bagi pihak semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para graduan yang akan menerima Diploma Pendidikan Malaysia. Semoga anda semua dapat menggunakan segala ilmu yang diperoleh untuk mendidik anak bangsa seterusnya berjaya dalam bidang masing-masing.