


Suasana bilik JPM bagaikan dusun durian, dalam masa sehari dua ini. Kali ini para pensyarah berpeluang menikmati raja buah itu, yang telah didatangkan khas dari Kampong Daching, Lenggeng. Pelbagai jenis dan reka bentuk durian dapat dilihat dan dirasa seperti durian kampung buah kuning, buah putih dan yang paling istimewa buah durian botak. Terima kasih kepada Pn. Faiziah dan En. Amran yang telah menaja buah-buah tersebut.