Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

04 Julai, 2010

Ziarah Kasih... semoga cepat sembuh Kak Yam!



Warga JPM mendoakan semoga kekanda Mariam Che Latt cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa. Sepanjang tempoh beliau bercuti sakit lantaran kecederaan pada tangan yang dialami, adik-adik di JPM sudah berasa amat rindu dan ternanti-nanti kehadiran beliau bertugas semula. Kesempatan yang ada dalam tempoh rehat digunakan oleh wakil JPM untuk menziarah beliau di kediamannya di Kesturi Height, Nilai.