Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

20 Jun, 2010

Tazkirah oleh En. Mukhtar

Alhamdulillah, salah seorang pensyarah JPM En. Mukhtar Darwis telah selamat sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya. Beliau berlepas pada 13 Jun lalu dan dijangka pulang sepuluh hari kemudian. Apa pun warga JPM mengucapkan selamat mengerjakan ibadah umrah dan selamat kembali ke tanah air. Insyallah, balik nanti warga JPM berpeluang mendengar tazkirah dari En. Mukhtar mengenai cerita-cerita menarik dan indah semasa berada di tanah suci.