Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Julai, 2010

KPKI siri akhir menemui guru BM di Tampin

Program popular Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) siri akhir di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Melayu, akan melabuhkan tirainya di PKG Tampin 27 - 29 Julai 2010 akan datang ini. Tajuk KPKI "Teknik Bercerita dalam Pengajaran Bahasa Melayu" akan disampaikan oleh empat pensyarah berpengalaman di ketuai Timbalan Pengarah (M) Hjh. Rafiah Daud dan dibantu En. Abd. Rahim Ismail, En. Azmi Ayub dan Pn. Faiziah Hj. Shamsudin. Sepanjang tiga hari, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik bercerita menggunakan tali, kertas dan kain sebagai alternatif kepada teknik pengajaran sedia ada khusus untuk subjek Bahasa Melayu.