Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

22 Julai, 2010

Persembahan Bongai Khusus Untuk Pengarah

Seramai 20 orang pelajar PPISMP Semester 3 Major Bahasa Melayu dan dibantu beberapa unit lain akan berganding bahu untuk mempersembahkan Bongai sempena Majlis Persaraan Pengarah Hjh. Asmah Yahya pada 9 Ogos, 2010 ini. Pengarah Persembahan Saudara Asri memberitahu, persembahan khas selama 20 minit itu akan dibimbing oleh beberapa pensyarah JPM dan dibantu Saudari Natrah dan Saudari Khairulnisa dari Unit PPISMP BM Semester 3. Apapun diucapkan Selamat Berbongai ...