Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Telefon 06-7624543 samb. 141

26 Julai, 2010

Pertandingan Mendeklamasi Sajak ... Penyertaan Menggalakkan


Seramai 15 orang peserta telah memperlihatkan bakat masing-masing di Pertandingan Mendeklamasi Sajak Merdeka peringkat IPG Kampus Raja Melewar, baru-baru ini. Pertandingan tersebut anjuran Kelab Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Balai Ilmu. Dari jumlah tersebut, lapan orang peserta telah dipilih untuk mewakili institut ke Pertandingan Mendeklamasi Sajak peringkat Negeri Sembilan yang ada diadakan pada 8 Ogos bertempat di Panggung Budaya, Seremban.